suria

Paris Hilton Tidak Dijemput Ke Perkahwinan Nicole

Nicole Richie
Nicole Richie
Nicole Richie

BIARPUN pergaduhan antara dua selebriti popular ini sudah lama berlalu, namun mereka masih belum berbaik. Bekas sahabat baik Nicole Richie dan Paris Hilton masing-masing masih menyimpan perasaan dendam.

Buktinya pada hari bahagia Nicole bersama pasangannya Joel Madden, nama Paris tidak tersenarai sebagai tetamu undangan.

Persiapan perkahwinan yang berlangsung hujung minggu ini dikatakan sudah siap sepenuhnya di rumah ayah Nicole, Lionel Richie.

“Perkahwinan Nicole dibuat secara kecil sahaja, hanya keluarga terdekat yang diundang. Paris sendiri tidak termasuk dalam tetamu undangan. Banyak yang dirahsiakan tentang pengiringnya dan pereka baju pengantinnya,” ujar sumber terdekat.

Bagaimanapun, Nicole menjemput Cristina Aguilera sebagai sahabat baiknya dan menyanyi di majlis tersebut,” kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain