suria

Keira Knightley Pernah Fikir Hendak Bersara

AKTRES Keira Knightley (gambar) pernah memikirkan untuk berhenti berlakon kerana sukar mencari masa untuk bercuti.

Wanita berusia 25 tahun ini telah memikirkan untuk berhenti berlakon sejak tiga tahun lalu setelah mengakui tidak bahagia dengan karier seninya.

Bintang filem Pirates of the Carribean itu mahu menjalani kehidupannya seperti orang biasa.

"Saya tidak tahu jika saya akan kembali berlakon lagi. Lama juga saya mengambil masa untuk membuat keputusan ini dan saya fikir tidak akan berlakon kembali. Saya juga tidak mahu bekerja lagi," ujar Keira menurut Female First, Selasa.

Namun kemudian aktres Carey Mulligan menyedarkan Keira. Setelah keduanya mengarah filem Never Let Me Go, Keira membatalkan niatnya untuk pencen dari dunia lakonan.

"Carey adalah teman saya yang paling baik dan saya merasa jika saya mengarah filem lagi, saya akan memanggilnya untuk bekerjasama lagi," jelas Keira.

Kekasih aktor Rupert Friend itu mengaku memang susah mencari waktu kosong untuk bercuti sejak dia menjadi bintang besar. Dia juga sering mendambakan kehidupan normal tanpa perlu dihambat populariti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain