suria

Rambut Punk Pasha Tidak Ubah Muzik Ungu

VOKALIS Ungu iaitu Pasha tampil dengan potongan rambut Punk.

Bagaimanapun menurut Pasha potongan tersebut tidak disukai oleh beberapa teman rapatnya.

“Tiada apa-apa sebab mengapa saya potong rambut seperti ini. Saya hanya teringin mengubah imej untuk rasa lebih selesa,” ujarnya seperti dipetik kapanlagi.com.

Namun begitu, Pasha menolak gaya rambut tersebut akan mempengaruhi muzik kumpulan Ungu.

“Tidak ada kena mengena potongan rambut dengan aliran muzik Ungu. Saya hanya mahu tampil kelainan dan nampak segar sahaja,” katanya.

Selain itu, Pasha juga menafikan ia disebabkan agenda hari bahagiannya akan berlangsung.

“Tidaklah, kalau sampai masanya tentu saya akan beritahu, dan tidak mungkin bergaya seperti ini. Tentulah saya akan pakai songkok atau kopiah,” katanya sambil tersenyum.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain