Karyawan Anjur "Muzik Aid 2010" Bantu Artis Kurang Upaya - Hiburan | mStar

Karyawan Anjur "Muzik Aid 2010" Bantu Artis Kurang Upaya

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)akan mengadakan satu program 'Music Aid 2010: Dari Pemuzik untuk Pemuzik' pada Ahad ini di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Presidennya Datuk Freddie Fernandez berkata program berkonsepkan berhibur sambil menderma, yang bakal dimeriahkan oleh lebih 100 penghibur tanahair, akan berlangsung selama sembilan jam tanpa henti bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam, dengan tiket berharga minimum RM30.

"Pelbagai masalah dan musibah menimpa para pemuzik tempatan sejak kebelakangan ini. Nama-nama besar seperti Yazid Search, Booty Boy, Zainal Rampa dan ramai lagi kini terlantar sakit mahupun dilanda kesulitan.

"Jadi, kita mahu mengutip derma bagi membantu artis-artis kurang bernasib baik ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Fernandez berkata program bertujuan mengumpul dana Tabung Kebajikan dan Kecemasan Pemuzik akan dikendalikan oleh Biro Pemuzik Profesional Karyawan yang diketuai oleh Aznan Alias.

Persembahan itu akan menampilkan pelbagai genre muzik termasuk muzik lama dan baru, kata Presiden Karyawan itu.

Antara barisan artis tanah air yang akan terlibat termasuk M.Nasir, Ramli Sarip, Spider, Faizal Tahir, Ana Raffali dan Marhaen, Suhu, Satira, Fieldplayer, Maharajah, Naizel, Transformasi DS, Loudspeaker, Sharinband, Dezmelon, Genskii, Mercyside, Roundrobin, Sonic Velocity, PAVA dan Jazzcom. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Erti Pengorbanan Artis Di Aidiladha

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain