suria

Ntv7 Siar Siri 'Dr Daisaku Ikeda' Sempena Cuti Sekolah

Dr Daisaku Ikeda.
Dr Daisaku Ikeda.
Dr Daisaku Ikeda.

PETALING JAYA: Bermula 13 November hingga 25 Disember ini, sebanyak lima anugerah siri animasi terbaik berjudul, “Seperti Aku, Seperti Engkau : Dunia Dalam Hatimu” yang diadaptasi dari cerita kanak-kanak terkenal Dr Daisaku Ikeda akan disiarkan di ntv7, setiap Sabtu, pada pukul 2 petang.

Dr Daisaku Ikeda merupakan pengasas dan Presiden SOKA Gakkai International.

Siri-siri tersebut ialah The Snow Country Prince bahagian 1 ditayangkan pada 13 November, bahagian 2 (20 November) manakala bahagian 3 (27 November).

Sementara The Two Princes (4 Disember), The Princess and the Moon (11 Disember), The Prince and the White Horse (18 Disember), dan The Flower and the Phoenix (25 Disember).

Ini merupakan kali kedua ntv7 bekerjasama dengan Soka Gakkai Malaysia untuk menyiarkan siri ini.

Ia mendapat respons positif dari kanak-kanak serta ibu bapa serata dunia.

Dengan nilai-nilai moral yang disertakan, siri animasi Dr Ikeda bukan sahaja akan menyentuh hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Ceritanya akan menyampaikan mesej yang penting untuk penontonnya seperti ciri-ciri keberanian, harapan, persahabatan, dan keamanan.

Nilai-nilai seperti kebijaksanaan dan keadilan juga diterjemahkan dalam watak-watak siri animasi ini berserta dengan jalan cerita yang menarik.

Filem-filem animasi ini yang dihasilkan dalam Bahasa Jepun, dialih suara dalam sembilan bahasa dan telah disiarkan di 23 buah negara termasuk Malaysia, Iceland, Panama, Filipina dan Singapura.

Di Malaysia, siri ini dialih suara dalam Bahasa Mandarin dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia.

Artikel Sebelum

Wajah Baru MyTV3

Artikel Berikut

Artikel Lain