suria

Salih Yaccob Terbit Album Selepas 16 Tahun

Salih menyambut ulang tahun ke-30 dalam industri hiburan di Restoran Subak, Bukit Lanjan pada Sabtu lalu.- Foto oleh AZMAN GHANI
Salih menyambut ulang tahun ke-30 dalam industri hiburan di Restoran Subak, Bukit Lanjan pada Sabtu lalu.- Foto oleh AZMAN GHANI
Salih menyambut ulang tahun ke-30 dalam industri hiburan di Restoran Subak, Bukit Lanjan pada Sabtu lalu.- Foto oleh AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaccob, 49, tampil dengan album ketujuh selepas kali terakhir menghasilkan album pada 16 tahun lalu.

Walaupun telah lama tidak menghasilkan album baru, lelaki yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 pada 25 November ini tidak pernah hilang minat dalam bidang nyanyian.

Seiring dengan usianya selama 30 tahun dalam industri seni ini, Salih menantikan kemunculan album edaran Luncai Emas yang melibatkan lima komposer tersohor termasuk Adnan Abu Hassan, M. Nasir dan A. Ali.

“Saya akan melancarkan album terbaru ini pada bulan Disember tahun ini. Lagu-lagu tersebut akan dirakamkan pada bulan ini,” katanya.

Bagaimanapun, dia yang juga pernah menceburkan diri dalam bidang lakonan selama 25 tahun akui sudah tidak berlakon lagi.

“Saya rasa bayaran lakonan tidak sama seperti dulu lagi, jadi saya rasa tak berbaloi untuk kembali dalam bidang lakonan,” ujarnya.

Bagi menjana pendapatan sampingan, Salih menjalankan perniagaan menjual ikan Arowana di Bukit Merah, Perak bersama-sama seorang rakan baiknya sejak pertengahan tahun ini.

Katanya, perniagaan tersebut dinamakan Selebriti Arowana kerana ia melibatkan rakan selebriti.

“Saya mahu menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan untuk jangka masa panjang. Jadi, saya rasa berbaloi mengeluarkan modal kira-kira ratusan ribu ringgit untuk menceburi perniagaan ini,” ujarnya.

Menurutnya, ikan yang dijadikan perhiasan dan popular di kalangan masyarakat Cina itu dijual pada harga RM15,000 hingga RM35,000 seekor.

Ini kerana ikan tersebut diimport dari Hong Kong.

Bapa kepada 11 orang anak dan beristeri tiga ini juga akui menceburi bidang ini setelah merasakan puas dengan dunia glamor dan sebolehnya mahu mengecapi hidup seperti orang biasa semula.

Artikel Berikut

Artikel Lain