suria

Syahrini Yakin Sentuhan Anang

Syahrini dan Anang
Syahrini dan Anang
Syahrini dan Anang

JAKARTA: Hubungan Anang dan Syahrini dilihat semakin intim, biarpun Anang sedang sibuk menyiapkan album anaknya, Aurel namun dia tidak malupakan album kekasihnya, Syahrini yang juga sedang dalam pembikinan.

Syahrini ketika dipetik dari Vivanews.com juga yakin dan memberi kepercayaan penuh kepada bekas suami Krisdayanti itu untuk membuat album solonya. Dia percaya album tersebut akan berjaya dengan hasil sentuhan Anang.

"Saya tidak pernah bimbang dengan kerja Anang. Saya yakin ia pasti berjaya jika mempunyai sentuhan Anang.

"Saya berharap kerjasama dengan Anang akan berjalan sehingga proses promosi tersebut selesai," ujar Syahrini.

Sementara itu, Anang memberitahu album solo rakan duetnya itu sudah hampir siap, malah dia memberitahu bahawa Syahrini lebih teruja untuk melancarkan album tersebut apabila semuanya siap.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain