Lisa Surihani Turut Jadi Mangsa Akaun Facebook Palsu

PETALING JAYA: Selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Yana Samsudin menjadi mangsa akaun Facebook (FB) palsu, kini giliran aktres Lisa Surihani (gambar) pula mengalami nasib sedemikian.

Lisa yang turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM23 pada 25 Oktober lalu baru mendapat tahu ada pihak telah menyamar dengan menggunakan namanya menerusi akaun berkenaan.

Sehubungan itu Lisa terpaksa memaklumkan kepada para peminatnya tentang kewujudan Facebook palsu itu supaya orang lain tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan menerusi laman sosial berkenaan.

“Assalamualaikum kawan-kawan semua..! How are u guys? Lisa dapat tau ada yang menyamar jadi Lisa dengan “create” personal FB Lisa.

“Ternyata itu bukan saya ye. Harap tidak tertipu ya. Lisa tak nak “korang” semua dapat wrong info tentang Lisa dan aktiviti-aktiviti Lisa. Ini link ke FB palsu tersebut : http://www.facebook.com/lisa.surihani.Mohamed,” kata Lisa menerusi akaun Facebook sebenar miliknya.

Setakat ini, Lisa telah berjaya mengumpul 876,348 peminat. Pelakon filem Lagenda Budak Setan dan I’m Not Single ini aktif mengemas kini akaun Facebook miliknya yang betul iaitu www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain