Diana Tidak Mahu Kelihatan Gemuk -Norsiah - Hiburan | mStar

Diana Tidak Mahu Kelihatan Gemuk -Norsiah

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon popular Diana Danielle, Norsiah Ramli menjelaskan bahawa keengganan Diana memakai baju rekaan Ezuwan Ismail pada malam Festival Filem Malaysia Ke 23 (FFM23) kerana baju tersebut membuatkan dirinya kelihatan berisi.

Dalam laman sosial Facebook milik Norsiah juga memberitahu bahawa pelakon filem Magika itu berasa sangat kecewa dan telah meminta maaf kepada pereka fesyen tersebut.

"Dalam Utusan pula ada berita tentang D (Diana Danielle) yang tidak nak pakai baju designer. Baju abang dia, Ezuwan. Sebenarnya Diana merasa baju tersebut membuat dia berasa dan kelihatan sangat gemuk. Diana sangat kecewa dan menangis.

"Ezuwan pun berada di sisi Diana masa itu, Diana cakap sendiri pada Ezuwan dan dia minta maaf sendiri. Mama pun bergegas mencari pengganti dan malam tu Diana di sponsor oleh Calvin Too," tulis Norsiah seperti pada status Facebook miliknya, pukul 2.56 petang, Ahad.

Bagaimanapun, menurut Norsiah, tiada apa yang perlu dibesarkan lagi kerana perkara tersebut telah diselesaikan secara baik.

"Pada mama, Diana dan Ezuwan, hal ni sudah selesai. Tiada apa yang hendak di pertikaikan lagi. Mama pun sayang Ezuwan dan doakan dia berjaya menjadi salah seorang pereka fesyen yang terunggul di Malaysia. Amin.

"Pada Calvin, mama ucapkan terima kasih yang tidak terhingga, kerana meminjamkan baju kepada Diana pada saat-saat akhir," tulisnya.

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan keluaran Ahad telah menyiarkan sebuah artikel berhubung sikap pelakon Diana Danielle yang membatalkan hasrat untuk mengayakan baju seorang pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail setelah baju tersebut siap dibuat mengikut citarasanya.

Sementara itu, Ezuwan ketika dihubungi enggan memanjangkan perkara ini dan menganggap ia sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini.

"Pada mulanya semua pihak sudah bersetuju dengan rekaan tersebut, malah Diana beberapa kali mengirimkan gambar rekaan yang dia mahu kepada saya.

"Bagi saya ia mengikut apa yang telah dimintanya namun apabila semuanya sudah siap, dia pula berasa pakaian itu tidak sesuai dengan usianya," ujar Ezuwan.

Artikel Sebelum

Ariel Sihat di Penjara Bandung

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain