suria

Lady Gaga Tampil Seperti Burung Unta

PENGUNJUNG sebuah pub dikejutkan dengan kehadiran artis ternama iaitu Lady Gaga dengan berpakaian ganjil mirip burung unta.

Seringkali tampil dengan gaya pelik, tidak hairanlah jika kostum tersebut menjadi pilihan penyanyi lagu Bad Romance ini di sebarang majlis keramaian. Malah dia berasa lebih yakin berhadapan dengan orang ramai dengan berpakaian sedemikian.

Pakaian Lady Gaga penuh dengan lebihan kain berwarna merah jambu bagaikan seperti bulu haiwan tersebut, ia dipadankan dengan jaket berwarna hitam dan kasut tumit yang sangat tinggi sehingga memperlihatkan Gaga benar-benar seperti burung unta.

Penyanyi ini dijadualkan akan keluar dengan jelajah konsertnya di Irlandia pada 26, 27 dan 29 Oktober ini.

Artikel Sebelum

Yana Tidak Silap Percaturan

Artikel Berikut

Ariz, "Terbaik Dari Ladang"

Artikel Lain