suria

Paramore Mengaku Bebas Dadah

Paramore bersih dadah dan gejala sosial.
Paramore bersih dadah dan gejala sosial.
Paramore bersih dadah dan gejala sosial.

KUALA LUMPUR - Kumpulan antarabangsa, Paramore menegaskan mereka merupakan bintang rock yang bersih dan bebas daripada dadah dan gejala sosial yang lain.

Menurut gitaris kumpulan itu, Taylor York, walaupun sejak dari dulu lagi artis rock sering dikaitkan dengan pelbagai jenis gejala sosial, Paramore memastikan mereka menjaga reputasi ahli-ahlinya supaya memiliki rekod yang baik.

"Menjadi seorang “rock star” adalah satu perkara yang agak pelik kerana selalu dikaitkan dengan seks dan dadah. Tapi rasanya, para peminat sudah bijak dan mereka boleh menilai mana yang baik dan buruk.

"Saya rasa, selagi kami menjaga reputasi kami, peminat akan terus menyokong kami seperti sekarang ini.

"Menjadi seorang selebriti, sama ada suka atau tidak, kita perlu mendisiplinkan diri masing-masing," katanya pada sesi temu bual bersama Paramore di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, kata gitaris kedua kumpulan itu, Jeremy Davis, keadaan mereka yang sibuk dengan jelajah konsert dan menghasilkan lagu membuatkan mereka berasa selamat daripada gejala-gejala negatif itu.

Paramore kini sedang mengadakan konsert jelajah di beberapa buah negara bagi mempromosikan album ketiga mereka, Brand New Eyes.

Rabu lalu mereka mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Selain itu, bercerita mengenai pengalaman kumpulan itu mengadakan konsert, Paramore begitu selesa apabila beraksi di depan para peminat Asia.

"Pada pendapat saya, negara Asia begitu hebat kerana peminat-peminatnya agak berbeza. Mereka terlalu baik dan saling hormat-menghormati sesama sendiri termasuklah kepada kami," kata Jeremy.

Artikel Sebelum

Artikel Lain