suria

Minka Kelly Terpilih Sebagai Wanita Terseksi Di Dunia

PELAKON Minka Kelly (gambar) terpilih sebagai wanita terseksi di dunia oleh majalah Esquire mengalahkan nama-nama besar Hollywood yang terkenal dengan imej seksi seperti Jassica Bell atau Scarlett Johansson.

Ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut memandangkan nama artis drama siri Friday Night Light itu tidak sehebat Megan Fox atau Kim Kardashian yang selama ini disebut-sebut bakal terpilih.

Malah Kelly sendiri terkejut dengan keputusan itu kerana selama ini dia tidak pernah menyangka akan mendapat gelaran yang semamngnya diimpikan oleh seluruh wanita di Hollywood itu.

"Saya rasa bangga dengan gelaran tersebut lantas melupakan segala kekurangan yang ada pada tubuh saya. Saya rasa seperti wanita paling sempurna," katanya.

Wanita ini juga mengakui apa yang terdapat pada tubuhnya meyakinkan dia layak memenangi gelaran tersebut. Dia juga mengakui mempunyai kulit yang cantik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain