suria

Hashim Rejab Tertekan Pertama Kali Mengarah Filem

Pengarah filem Sekali Lagi... Hashim Rejab - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Pengarah filem Sekali Lagi... Hashim Rejab - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Pengarah filem Sekali Lagi... Hashim Rejab - Foto oleh SHAARI CHE MAT

PENGARAH baru Hashim Rejab yang pertama kali diberi kepercayaan untuk menerajui filem Sekali Lagi... mengakui tertekan dan bimbang dengan sambutan penonton apabila filem ia ditayangkan kelak.

Menurut Hashim, tanggungjawabnya sebagai pengarah drama untuk televisyen sebelum ini tidak adalah berbeza dengan tanggungjawab yang digalasnya kali ini.

Jika sebelum ini, dia tidak perlu gusar atau pening kepala selepas menyiapkan sesebuah drama kerana ia sudah pun sedia dibeli oleh stesen tv, namun tanggungjawabnya sebagai pengarah filem adalah besar bagi memastikan filem itu bukan sahaj berkualiti malah berjaya menarik minat penonton untuk ke pawagam.

"Tanggungjawab untuk mengarah filem memang berbeza dengan pengalaman mengarah drama tv. Kalau untuk drama tv, saya tidak perlu risau lagi selepas tamat penggambaran kerana produk itu sudah dibeli oleh stesen tv.

"Berbeza bagi filem, tanggungjawab terhadap sesebuah filem itu tidak akan berakhir selagi filem itu belum ditayangkan. Memang saya tertekan untuk memastikan filem Sekali Lagi... ini bukan sahaja berkualiti tetapi yang lebih penting dapat memikat penonton untuk ke pawagam kelak," katanya.

Bagaimanapun, pengarah yang berasal dari Kedah ini menganggap dirinya begitu bertuah di atas peluang yang diberikan oleh penerbit David Teo, selain dapat bekerjasama dengan pasukan produksi yang saling membantu sepanjang penggambaran berlangsung.

"Sebelum ini saya banyak mengarahkan drama televisyen dan pernah menjadi Penolong Pengarah Filem untuk beberapa judul filem di bawah MIG. Walaupun sudah mempunyai 10 tahun pengalaman tapi saya akui pengalaman duduk di kerusi pengarah filem bukanlah satu tugas mudah.

"Namun, saya berterima kasih kepada krew dan pelakon yang terlibat kerana kami bekerja sebagai satu pasukan dan sebarang keputusan yang hendak dibuat berkaitan aspek lakonan atau teknikal dicapai menerusi perbincangan bersama," katanya.

Hashim merupakan pengarah muda ke-enam di bawah skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan oleh syarikat produksi MIG selepas Pierre Andre, Norliana Shamsudin, Farid Kamil, Azhari Zain dan Ismail Bob Hasim. Sebelum ini, Hashim pernah mengarahkan drama bersiri popular Adamaya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain