suria

Rossa Belum Mahu Kahwin Waktu Terdekat

JAKARTA: Setelah bercerai dengan ahli kumpulan Padi, Yoyo, penyanyi Rossa mengakui sudah mempunyai kekasih dan kini berusaha mencari sebuah keluarga yang sempurna.

Kata Rossa, sebagai seorang perempuan, dia perlukan tempat bergantung dan memiliki kehidupan keluarga bahagia.

Walaupun sudah mempunyai perancangan ke arah itu tapi Rossa juga menafikan ia akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Ya, saya sudah bertemu dengan orang yang boleh berkongsi masalah dan hidup bersama saya dan keluarga. Namun begitu untuk bernikah sekali lagi bukan sesuatu yang mudah.

"Jika akan berlaku sekalipun ia bukalah dalam waktu ini," katanya.

Dalam pada itu, Rossa tidak mahu soal kehidupan peribadinya dibesar-besarkan melebihi kerjaya sebagai penyanyi.

"Saya tidak mahu soal peribadi saya menjadi perkara pertama. Saya tidak mahu ia akan menjadikan hal ini sebagai beban. Pada saya apa yang saya jalani sekarang saya nikmati dengan baik," ujarnya seperti dipetik Vivanews.

Tambah Rossa, apa juga keputusan masa depannya adalah demi masa depan anaknya. Dia mahu kehidupan anaknya tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain