suria

Lady Gaga Bakal Keluar Jenama Minyak Wangi Sendiri

MENGIKUTI jejak selebriti Hollywood lain, penyanyi Lady Gaga juga akan menghasilkan produk minyak wangi jenamanya sendiri.

Dikhabarkan minyak wangi tersebut diberi nama "Monster" seperti nama pangilan para peminatnya.

Minyak wangi tersebut dijangka akan dipasarkan pada tahun 2012. Ini merupakan langkah pertama Gaga untuk bertapak dalam bidang perniagaan.

Menurut Splash News, minyak wangi hasil kerjasama Gaga bersama Coty Inc ini bukan sekadar khabar angin. Ini kerana pemilik nama Stefani Joanne Angelina Germanotta ini sudah pun mereka bentuk botol minyak wangi ini.

Biarpun konsep minyak wangi tersebut masih belum jelas, namun ramai yang berpendapat ia berbeza dari minyak wangi yang terdapat di pasaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain