suria

Matthew Morrison 'Glee' Atasi Populariti Dengan Topi

SIRI televisyen Glee telah mengangkat populariti aktor Matthew Morrison (gambar). Hingga saat ini, dia masih terus berusaha menerima populariti itu dan menghadapinya dengan topi.

"Saya membeli banyak topi. Saya juga selalu memakai cermin mata putih, sebab kalau pakai cermin mata hitam, membuatkan saya kelihatan seperti berusaha keras untuk sembunyi," katanya kepada Majalah OK.

Meskipun demikian, Morrison tetap mensyukuri keadaan itu.

"Awak sudah bekerja keras dan berharap sesuatu selama ini, bila ketika itu terjadi awak tak boleh menolaknya," katanya.

Menyentuh tentang gaya rambutnya yang "aneh", Morrison mengatakan bahawa rambutnya adalah sebahagian dari karakternya dalam Glee.

"Saya mesti dibayar lebih kerana rambut saya adalah karakter tersendiri," gurau pelakon watak Will Schuester dalam siri muzikal drama-komedi itu.

Will merupakan guru di sebuah SMU yang sedang bekerja keras untuk menghidupkan kembali "Glee Club", sebuah kelompok vokal yang pernah berjaya pada masa lalu. Namun, usaha itu mendapat tentangan dari guru lainnya.

'Glee' telah memenangi Golden Globe Award 2010 sebagai Siri Televisyen Terbaik-Muzikal atau Komedi manakala Morrison sendiri dicalonkan sebagai pelakon terbaik pada majlis yang sama.

Artikel Lain