suria

Slot Senda Pagi TV3 Tambah 2 Program Baru

Pasangan Rashidi Ishak dan Vanida Imran yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke-10 tampil dalam program Cerita Cinta di TV3.
Pasangan Rashidi Ishak dan Vanida Imran yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke-10 tampil dalam program Cerita Cinta di TV3.
Pasangan Rashidi Ishak dan Vanida Imran yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke-10 tampil dalam program Cerita Cinta di TV3.

SELAIN drama komedi yang mencuit hati iaitu Tipah Vavavom, program Apa Apa Aje, gameshow Ewah Ewah di slot Senda Pagi, TV3 menyiarkan dua buah program gaya hidup yang terbaru iaitu Si Kecilku...Chakk!! bermula 5 Oktober lalu, setiap Selasa jam 11.00 pagi manakala Cerita Cinta pula mula disiarkan pada 6 Oktober lalu, setiap Rabu jam 11.30 pagi.

Cerita Cinta yang bersiaran selama 13 episod ini berkongsi kisah cinta pasangan selebriti di Malaysia dari saat mereka berkenalan hingga ke alam perkahwinan!

Antara pasangan selebriti yang mendapat perhatian umum dari saat mereka berkenalan, bercinta sehingga berkahwin termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Haji Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), Datin Umie Aida dan Datuk Khairuddin Abu Hassan, Hunny Madu dan Khairul Azhar Wahid, Jasmine Abu Bakar dan Zan Azlee, Siti Hasfizza Aswaty dan Afief Farhan Fauzi, Belinda Chee dan Joe Eng Yeow, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin serta Serina Redzuawan dan Salahuddin Ghafar.

Tidak ketinggalan juga pasangan Rashidi Ishak dan Vanida Imran yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke-10 serta Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, angkasawan negara yang akan melangsungkan perkahwinan beliau bersama Dr. Harlina Yunos pada 10 Oktober 2010 berkonsepkan “Istana Kayangan” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Antara paparan yang menarik di Cerita Cinta termasuk pasangan Serina Redzuawan bersama suaminya pula mengenakan busana yang berkonsepkan jawa dan mereka memilih rona hijau yang sesuai dengan konsep bersanding dalam taman yang diadakan di Hotel Royale Chulan. Selain itu, kru produksi juga menemuramah pereka busana pengantin Jovian Mandagie dan juga juru tatarias Saidatulnisa dalam episod pertamanya.

Sementara Si Kecilku...Chakk!! yang dihoskan oleh seorang selebriti yang anggun, jelita dan juga seorang ibu kepada bayi perempuan comel, Dynas Mokhtar memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan ibu dan anak.

Paparan menarik dalam 13 episod ini merangkumi isu-isu berkaitan wanita mengandung, trauma keguguran anak, masalah dyslexia kanak-kanak, perkembangan minda, hamil di usia 40tahun, panduan penyusuan ibu-ibu berkerjaya, fesyen semasa mengandung dan selepas bersalin, masalah anak lambat bercakap dan juga menu-menu makanan berkhasiat yang mudah disediakan. Program ini bermatlamat untuk berkongsi segala maklumat yang anda perlu tahu sebagai seorang ibu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bienda Masih Berahsia

Artikel Lain