suria

Konsert Reunion AF8 Janji Kelainan Luar Biasa!

Pelajar AF8 akan mewarnai Konsert Reunion AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad, 8 malam.
Pelajar AF8 akan mewarnai Konsert Reunion AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad, 8 malam.
Pelajar AF8 akan mewarnai Konsert Reunion AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad, 8 malam.

KONSERT Reunion Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) di Stadium Putra Bukit Jalil pada 8 malam ini bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program sedia ada lain yang pernah diterbitkan. Tarikhnya sahaja telah menjadikannya sesuatu yang istimewa dan mudah di ingati, 10.10.10 (10 Oktober 2010).

Pada konsert reunion kali ini , bintang-bintang AF8 akan berkongsi pentas dengan kemunculan istimewa alumni AF iaitu Aizat, Hafiz, Mawi dan Stacy yang pernah beraksi di pentas yang sama pada musim masing-masing.

Bagi mengubat rindu, pengetua AF8, Norman Abdul Halim serta barisan tenaga pengajar AF8 akan turut membuat kejutan pada malam konsert itu nanti.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pihak Astro tetap menghadiahkan konsert reunion ini bagi mengembalikan rasa rindu para peminat terhadap bintang-bintang AF8 biarpun sudah empat bulan berlalu selepas konsert akhir pada bulan Mei yang lepas.

“Konsert yang dijadualkan lebih awal ini terpaksa dianjakkan berikutan pada jadual persembahan masing-masing yang padat. Namun, jarak masa inilah yang menjadikan konsert reunion ini nanti menjadi lebih meriah daripada yang biasa.

“Bukan sahaja dapat menghilangkan kerinduan para peminat terhadap bintang pujaan ciptaan mereka,, konsert ini juga menjadi bakal medan 12 bintang ini bertemu semula dengan semua rakan seperjuangan serta tanaga pengajar yang pernah bersama mereka selama lebih sepuluh minggu,” jelas Azlin lagi.

Azlin turut menambah: “Semenjak berakhirnya program AF8, inilah konsert terbesar yang menggabungan semula semua graduan AF8 di pentas yang sama untuk membuat persembahan. Shahir, Adira, Maulana, Daus, Ain, Ema, Shah, Anum, Farina, Nad, Alif dan Iwan seolah-olah sudah tidak sabar untuk membuat persembahan kerana mereka juga turut merindui para peminat yang telah menyokong mereka sepanjang musim AF8 lalu.”

Pintu masuk akan mula dibuka pada jam 8 malam. Walau bagaimanapun, para peminat dinasihatkan untuk datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan

Bagi mereka yang berminat untuk datang ke konsert ini, bolehlah mendapat tiket pada hari konsert dari jam 10 pagi hingga 6 petang secara percuma di pintu masuk Stadium Putra Bukit Jalil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bienda Masih Berahsia

Artikel Lain