suria

Linda Onn Buka Francais Dua Restoran

Linda mahu kembangkan rangkaian perniagaannya Foto LOW LAY PHON
Linda mahu kembangkan rangkaian perniagaannya Foto LOW LAY PHON
Linda mahu kembangkan rangkaian perniagaannya Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR:Penyampai radio Suria FM, Linda Onn akan membuka francais perniagaan restoran My Mom's Chicken Rice dan My Asam Pedas kepada orang ramai yang mahu berniaga.

Kata Linda, dia ingin memberi peluang kepada usahawan baru untuk menguruskan perniagaan makanan tersebut terutamanya di luar kawasan Kuala lumpur.

"Saya ingin membuka francais kepada sesiapa yang berminat untuk menguruskan perniagaan ini. Setakat ini saya hanya beritahu kepada rakan-rakan sahaja.

"Saya sudah bersedia untuk membuka lebih banyak lagi cawangan restoran ini kepada orang ramai terutamanya di luar Kuala Lumpur," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumahnya dan ulang tahun ke-6, My Mom Chicken Rice.

Jelas Linda, setakat ini perniagaan yang diuruskannya sejak 2004 mendapat sambutan mengalakkan dan sudah mempunyai empat cawangan iaitu dua di Ampang, Selangor iaitu Tesco dan Ampang Point dan masing-masing satu restoran di Bukit Bintang Kuala Lumur dan Shah Alam, Selangor.

Menurut Linda pelbagai cabaran ditempuhi dalam menguruskan perniagaan yang merupakan "air tangan" keluarga ini.

"Bukan mudah untuk mengendalikan perniagaan, pelbagai cabaran yang saya telah lalui. Antaranya adalah dari sudut pelanggan, staf dan penyediaan makanan.

"Perniagaan memerlukan saya berurusan dengan manusia. Jika benda atau objek, mudah sahaja kita uruskan," katanya.

Namun dalam kesibukan menguruskan perniagaan, dia masih berkesempatan untuk melakukan hobi barunya iaitu menunggang motosikal berkuasa besar.

Linda berkata, hobi barunya itu memberi kepuasan kepadanya setelah penat bekerja. Malah dia kini mengenali lebih ramai kawan yang berkongsi minat yang sama.

"Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti ini, di sini saya dapat ramai kenalan yang bertukar-tukar pendapat dan berkongsi minat yang sama.

"Sekarang saya lebih menikmati hidup ini, bagaimana untuk menghargai masa yang terluang bersama rakan-rakan. Kalau dulu saya hanya duduk sahaja di rumah selepas kerja," ujarnya yang enggan mengulas tentang soal jodoh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Akim Setia Pada Stacy

Artikel Lain