Dian Sharlin Selesa Bersederhana - Hiburan | mStar

Dian Sharlin Selesa Bersederhana

Dian Sharlin lebih selesa dirinya tidak dikenali dalam industri hiburan ini. - Foto oleh ANDREW CHONG
Dian Sharlin lebih selesa dirinya tidak dikenali dalam industri hiburan ini. - Foto oleh ANDREW CHONG

BIARPUN telah lama bertapak dalam bidang seni, Dian Sharlin atau senang disapa sebagai Sharlin lebih selesa dirinya tidak dikenali dalam industri hiburan. Dia yang memulakan kerjaya dalam bidang kormersial seawal umur 17 tahun sering mewakili Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa dalam dunia peragaan dan komersial.

Gadis berusia awal 20-an ini juga pernah mengacarakan program BattleGround iaitu rancangan terbitan Astro berbentuk pertandingan tari-menari pada 2007 lalu dan sehingga kini masih aktif sebagai pengacara majlis dalam mengendalikan acara-acara besar terutamanya anjuran syarikat luar negara.

Bukan itu saja, anak jati Kuala Lumpur ini juga mempunyai kepakaran dalam bidang tarian, malah dia menjadikan kumpulan tariannya itu sebagai satu perniagaan dan sumber rezeki.

“Saya bermula dari bidang peragaan, saya pernah menjadi model untuk iklan Pantene di Filipina dan beberapa negara Asia lain. Namun dalam pada itu saya juga meminati bidang tarian dan sehingga sekarang saya mempunyai kumpulan tarian sendiri.

“Kumpulan kami juga sering dipanggil untuk mengadakan persembahan-persembahan. Saya lakukannya semata-mata kerana minat yang mendalam terhadap tarian,” ujar gadis kacukan Serani-Australia ini.

Bagaimanapun, dia masih aktif dalam bidang peragaan dan iklan televisyen komersial bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia.

“Saya sayangkan bidang peragaan kerana ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan hobi tarian saya. Saya sangat gembira melakukannya dan iklan yang paling saya sukai ialah iklan Yamaha yang dibuat bersama Valentino Rossi dan diterbitkan dua tahun lalu.

“Antara rakan artis yang seangkatan dengan saya ketika itu ialah Natasha Hudson. Dia kini sudah dikenali setelah menceburkan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian,” jelasnya.

Menurut Sharlin, dia amat gembira dengan kehidupan yang dilalui sekarang dan tidak mahu mengikut jejak langkah rakan-rakannya untuk melibatkan diri dalam bidang seni hiburan.

“Ramai rakan seperti Hana Tan dan Tania Hudson mengajak saya melibatkan diri dalam industri hiburan. Tapi banyak perkara yang perlu saya fikirkan jika ingin melangkah ke dunia glamor ini terutamanya untuk berhadapan dengan gosip serta persepsi masyarakat.

“Saya lebih selesa menjadi orang biasa yang tidak dikenali. Bebas untuk berkawan, keluar dengan keluarga dan menjalani hidup yang mempunyai privasi. Memang saya suka kepada seni terutamanya seni tarian, peragaan dan pengacaraan tetapi biarlah ia secara bersederhana,” jelas Sharlin.

Artikel Sebelum

Dian Sastrowardoyo Tolak Bekerja Dengan Suami

Artikel Berikut

Iman Corinne Selektif Selepas Peluk Islam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain