suria

Polis Tahan Russel Brand Kerana Serang Jurugambar

Russel Brand bersama tunangnya Ketty Perry
Russel Brand bersama tunangnya Ketty Perry
Russel Brand bersama tunangnya Ketty Perry

BINTANG Hollywood, Russel Brand kini berhadapan dengan tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak polis apabila menyerang seorang jurugambar.

Pelakon komedi ini dikatakan tiba-tiba bertengkar dengan seorang jurugambar yang mengambil gambarnya ketika sedang berjalan bersama tunangnya Ketty Perry di lapangan terbang Los Angeles.

Seorang anggota polis dari lapangan terbang tersebut mengesahkan kejadian kekerasan berlaku antara selebriti dan seorang jurugambar mencetuskan kekecohan sehingga mereka terpaksa dileraikan oleh pihak berkuasa.

Russel kemudian ditahan atas tuduhan melakukan kekerasan dan bakal berhadapan dengan hukuman. Pihak polis juga mengambil beberapa gambar yang dirakam oleh jurugambar terbabit yang mengalami lebam di wajah kiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain