suria

Carey Mulligan Beli Tiket Filem Sendiri

SETIAP artis pasti mahu filem yang dibintanginya mendapat sambutan menggalakkan di pasaran. Bagi merealisasikannya, Carey Mulligan mempunyai cara tersendiri.

Artis yang mendapat pencalonan Oscar dalam filem The Education ini mengakui dia membeli tiket-tiket filemnya sendiri bagi menambah penjualan tiket filem yang dibintanginya.

Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu bahawa sering berkeliaran di sekitar panggung wayang dan melakukan promosi sendiri. Carey memberitahu ia adalah usahanya untuk menambahkan pendapatan box-office.

"Saya akan membeli dan menonton filem saya berulang kali. Malah saya akan pergi ke New York dan berdiri di luar dengan rakan-rakan dan menarik orang ramai untuk menonton filem terbaru saya," ujarnya yang baru sahaja muncul dengan filem Never Let Me Go.

Dalam pada itu, ketika dipetik Splashnews, artis cantik Hollywood ini memberitahu dia selalu mendapat watak lelaki ketika pementasan teater di sekolah.

"Ketika di sekolah, saya sering mendapat watak lelaki kerana suara dan kelakuan yang seperti lelaki. Saya juga mempunyai abag dan sering bergaul dengan teman-temannya membuatkan saya sedikit tomboy.

"Pada saya peranan sebagai lelaki lebih dramatis dan mencabar," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain