suria

Kisah Hidup Salman Khan Akan Difilemkan

KISAH hidup bintang Bollywood terkenal, Salman Khan yang penuh kontroversi akan difilemkan tidak lama lagi.

Penerbit filem dari India Selatan, B.K. Krishnan menganggap kisah hidup pelakon itu sangat menarik sehingga berminat untuk membikin filem tentangnya.

Filem yang dijangka akan menggunakan judul Brother Salman atau Anna Salman itu masih belum mempunyai hero yang akan melakonkan watak Salman.

Dalam kenyataan Krishnan menerusi newKerala.com, filem itu tidak menginspirasikan keseluruhan kisah hidup Salman. Dia menambah semua penonton di sana menggemari filem Salman, jadi dia bersetuju untuk membikin filem itu selepas menyiapkan skripnya.

Hero filem ini akan memaparkan kehebatan hubungannya dengan pelakon muda, Rittu Sachdev yang melakonkan watak bekas kekasih Salman iaitu Aishwarya Rai.

Artikel Sebelum

Artikel Lain