suria

Wanita 21 Tahun Mengaku Curang Dengan Ashton Kutcher

BARU-BARU ini, seorang perempuan berusia 21 tahun mengaku melakukan berhubungan intim dengan suami aktres Demi Moore, aktor Ashton Kutcher (gambar).

Awal September lalu, isu curang yang dilakukan Ashton sudah tersebar di media. Kala itu seorang pelayan restoran Itali di Los Angeles mengaku melihat Ashton seronok bercium dengan seorang perempuan yang didakwa bukan isterinya.

Aktor kelahiran Iowa, Amerika Syarikat itu sangat marah dengan berita tersebut bahkan merancang untuk menyaman salah sebuah majalah kerana menerbitkan berita palsu itu.

Kini giliran wanita berkenaan membuka mulut tentang kecurangannya dengan Ashton.

Wanita yang tidak mahu disebut namanya itu membongkar semuanya pada majalah Star. Menurut Showbiz Spy, Khamis, wanita itu bertemu Ashton pada Julai lalu ketika sedang bermain boling di Lucky Strike Lanes, Hollywood.

Beberapa hari selepas itu, mereka berdua melakukan hubungan seks di kediaman Ashton dan Demi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alyah Beraya Secara Sederhana

Artikel Lain