suria

Rano Karno Tiada Masalah Artis Jadi Ahli Politik

SEJAK kebelakangan ini, fenomena artis Indonesia beralih profesion kepada ahli politik bukan lagi perkara baru. Malah ada yang menganggap artis-artis itu telah menyalahgunakan status mereka untuk kepentingan peribadi.

Namun aktor popular, Rano Karno, 50, yang kini bergelar ahli politik mewakili bahagian Tangerang menganggap fenomena itu sebagai perkara yang wajar.

"Tidak apa-apa, kerana sebenarnya situasi keterbukaan yang memberikan peluang untuk itu," ujar bintang sinetron Si Doel Anak Sekolahan itu kepada detikhot.com, Rabu.

Rano mengakui selain kemampuan, populariti menjadi salah satu hal yang terpenting dalam dunia politik. Menurutnya, saat ini ahli politik berlumba-lumba untuk menjadi popular.

"Kita tidak perlu lagi menimbulkan persoalan itu kerana kita sudah memiliki modal tersebut," jelasnya.

Namun, Rano mengungkapkan status sebagai artis bukan jaminan bagi seseorang itu untuk menjadi ahli politik kerana yakin masyarakat semakin pintar dalam memilih.

"Tidak semua dari mereka (artis) terpilihkan?" ucapnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain