suria

Evan Pelengkap Syawal Intan

Intan Sarafina gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan suami dan anak. - Foto oleh RAYMOND OOI
Intan Sarafina gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan suami dan anak. - Foto oleh RAYMOND OOI
Intan Sarafina gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan suami dan anak. - Foto oleh RAYMOND OOI

BERAYA pertama kali bersama anak sulungnya, Megat Evan Raez yang berusia 10 bulan, membuahkan perasaan teruja dan seronok dalam diri Intan Sarafina, 28.

Kehidupannya bagaikan lengkap apabila berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan anak dan suami tercinta, Iskandar Ezzahuddin.

“Tahun ini, buat pertama kalinya saya beraya sebagai seorang ibu dan kali kedua sebagai isteri. Walaupun seronok, saya rasa agak susah juga hendak melayan kenakalan Evan yang baru dapat berjalan, pandai naik tangga dan lasak.

“Tentang aktiviti raya, tiada bezanya dengan tahun-tahun sebelum ini. Seperti biasa, pada Hari Raya pertama lalu, saya dan suami bertandang ke rumah ibu bapa di Petaling Jaya dan ke rumah mertua di Cheras, Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar Online.

Apabila beraya, tidak sah jika tidak mengenakan baju baru. Sama seperti Intan, dia juga mengenakan empat baju raya yang ditempah bersama-sama dengan baju untuk majlis perkahwinan adik iparnya yang telah berlalu.

Memilih warna tema hijau lembut, Intan juga bergaya sedondon bersama-sama baju Melayu suami dan anaknya.

Tentang juadah Hari Raya, Intan meminta emaknya membuat lima jenis biskut Raya termasuk chocolate chip dan tat nenas. Selebinnya, dia akan membeli sendiri seperti kerepek dan kacang.

Memandangkan dia mempunyai 10 orang anak saudara dan enam orang sepupu, dia turut mengeluarkan sedikit wang untuk memberikan angpau raya kepada mereka.

Dalam perkembangan seni, Intan akan kembali dengan single terbaru berjudul Kaulah Syurgaku pada tahun depan. Jika tiada aral, mungkin dia akan membuat kemunculan semulasetelah menyepi sejak melahirkan bayi sulungnya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain