suria

Shila Kongsi Kisah Sedih Sambut Lebaran

Shila tidak melupakan pengalaman tidak sambut raya.
 Shila tidak melupakan pengalaman tidak sambut raya.
Shila tidak melupakan pengalaman tidak sambut raya.

PENGALAMAN melalui hidup susah telah mengajar penyanyi Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 20, untuk lebih mengerti makna Hari Raya.

Menurut Shila, pernah satu ketika, keluarganya tidak menyambut raya kerana kesempitan wang. Tiada sebarang persiapan raya dilakukan termasuk baju raya, juadah dan kuih muih.

"Pengalaman tidak menyambut Hari Raya memang sesuatu yang tidak pernah kami sekeluarga lupakan. Pengalaman tersebut menyedarkan saya tentang kehidupan orang yang berada dalam kekurangan.

"Ketika itu abah mengalami kerugian dalam perniagaan sehinggakan kami tiada bajet langsung untuk sambut raya. Kami tidak buat apa-apa persiapan raya langsung seperti baju dan kuih raya.

"Malah kami hanya duduk rumah di Kuala Lumpur dan tidak balik beraya di kampung," ujarnya yang pulang beraya di Perak.

Menurut Shila, sebagai anak sulung dalam keluarga dia faham dengan situasi tersebut dan tidak pernah berkecil hati.

"Sewaktu itu, ada rakan-rakan yang ingin datang beraya tetapi saya tak bagi sebab tiada apa yang dapat dihidangkan sebagai juadah.

"Saya tidak sedikit pun kecil hati dengan keluarga sebab tidak menyambut raya seperti orang lain. Saya faham situasi abah yang ketika itu benar-benar mengalami kejatuhan," kata Shila.

Disebabkan itu juga, Shila lebih beringat tatkala membuat persiapan raya. Dia tidak mahu terlalu membazir ketika membeli baju-baju raya.

"Walaupun kini saya mampu untuk beli barangan yang mewah tetapi saya lebih suka menyimpan dari membazir secara keterlaluan. Saya sentiasa beringat ketika dalam situasi susah.

"Jika mahu beli barang sekalipun saya lebih suka dapatkan yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti yang sama," katanya.

Anak gadis penyanyi ND Lala ini juga tidak bercuti lama kerana terpaksa memulakan akiviti seninya pada hari raya ketiga.

"Saya akan balik beraya di Perak selama dua hari sahaja sebab raya ketiga dah balik Kuala Lumpur. Makcik-makcik saya di kampung bising sebab terlalu sekejap.

"Tapi insya-Allah, lepas seminggu beraya di kampung mereka akan datang berkumpul di rumah kami pula," jelasnya yang akan menjayakan program Malaysia Hari Ini di TV3 pada 13 September ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arumi Bachsin Buat Amal Jariah

Artikel Lain