suria

Jom Balik Raya Bersama Suria FM

Azrullah (berbaju kemeja biru, paling kanan) bergambar bersama-sama artis undangan Rini AF7 dan Alyah serta para penumpang bertuah. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN
Azrullah (berbaju kemeja biru, paling kanan) bergambar bersama-sama artis undangan Rini AF7 dan Alyah serta para penumpang bertuah. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN
Azrullah (berbaju kemeja biru, paling kanan) bergambar bersama-sama artis undangan Rini AF7 dan Alyah serta para penumpang bertuah. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 200 pendengar setia Suria FM menikmati suasana pulang ke kampung untuk berhari raya dengan menaiki bas secara percuma di perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pagi ini.

Artis-artis yang turut hadir termasuk Rini AF8 dan Alyah.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrullah Md Nor berkata, ini merupakan tahun ketiga Suria FM menganjurkan aktiviti Jom Balik Raya bersama Suria FM! dan ia telah menjadi tradisi buat Suria FM setiap kali menjelang Hari Raya.

"Suria FM mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa berterima kasih kepada pendengar setianya dengan memberikan peluang pulang ke kampung berhari raya dengan menaiki bas secara percuma.

"Kami juga menyediakan bakul besar berisi pelbagai barang makanan serta duit raya kepada para penumpang," katanya kepada MStar Online, Khamis.

Sebelum ini, orang ramai yang ingin menaiki bas tersebut hanya perlu mendaftarkan nama penuh berserta nama pasangan masing-masing selain nombor telefon di laman web rasmi Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.

Menurut Azrullah, sebanyak 12 bas ekspress disediakan bermula semalam dan hari ini, untuk bertolak ke lebih lima destinasi terpilih di utara, selatan dan timur Semenanjung.

Antara destinasinya ialah Pulau Pinang, Johor Baru dan Kuala Terengganu.

Sementara itu, Azrullah memberitahu, 'Jom Balik Raya bersama Suria FM!' ini menampilkan kelainan berbanding tahun sebelumnya kerana beberapa deejay stesen radio itu turut balik bersama orang ramai.

Katanya, antaranya DJ Lin dan DJ Halim Othman.

"Mereka akan menghiburkan para penumpang sepanjang perjalanan. Ia antara cara yang dimanfaatkan deejay terbabit untuk mendekati para pendengar setia Suria FM," katanya.

Azrullah turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menasihatkan orang ramai agar memandu dengan berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arumi Bachsin Buat Amal Jariah

Artikel Lain