suria

Pelakon Neetu Chandra Nafi Atur Keputusan Kriket

Neetu Chandra (left) dan Madhavan.
Neetu Chandra (left) dan Madhavan.
Neetu Chandra (left) dan Madhavan.

PELAKON Bollywood, Neetu Chandra menafikan dia mengatur keputusan perlawanan kriket yang diadakan di negara itu.

Dakwaan tersebut timbul ekoran desas-desas menyatakan dia mempunyai perhubungan dengan pemain kriket, Mohammad Asif Pakistan yang terlibat dalam skandal rasuah.

Bagaimanapun, Chandra menegaskan dia tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan Mohammad Asif malah dia bukan penyokong kriket.

Sebelum itu, media melaporkan satu dokumen Interpol dan Scotland mengandungi nombor telefon beberapa orang yang berinteraksi dengan pemain kriket tersebut pada 2009.

Dan nombor telefon Neetu dikatakan turut disenaraikan dalam dokumen terbabit.

Tahun ini, Neetu tampil dalam filem-filem seperti No Problem, Khusar Prasad Ka Bhoot dan Kuch Love Jaisa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ameng Spring Diperintah Bela Diri

Artikel Lain