suria

Kanye West Minta Maaf KepadaTaylor Swift

Foto bertarikh 13 September 2009 ini menunjukkan penyanyi Kanye West merampas mikrofon daripada Taylor Swift ketika dia menerima anugerah The Best Female Video semasa Anugerah Muzik Video MTV di New York. - Foto AP

PENYANYI Kanye West telah meminta maaf kepada penyanyi Taylor Swift ekoran mencerobohi pentas semasa Swift memberikan ucapan sempena penerimaan anugerah filem MTV, tahun lalu.

West dikritik kerana menyatakan anugerah untuk Taylor seharusnya diberikan kepada kawannya, Beyonce Knowles.

Di dalam blognya, West menyifatkan dirinya sebagai 'psiko'.

Kandungan blognya antara lain menyatakan bahawa Beyonce tidak memerlukan anugerah tersebut.

"Saya minta maaf, Taylor," kata West.

Seorang kawan penyanyi kontroversi itu, Lily Allen yang juga seorang penyanyi cuba menenangkannya melalui Tweeter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aril Beli Baju Raya Di Jakarta

Artikel Lain