Drew Barrymore Damba Cinta Matang - Hiburan | mStar

Drew Barrymore Damba Cinta Matang

- Foto AP
- Foto AP

JIKA dulu pelakon Drew Barrymore (gambar) taksub dengan cinta monyet semasa muda, kini dia mendambakan suatu perhubungan cinta yang matang dan berkekalan.

Barrymore berkata, dia lebih tertarik dengan seseorang individu yang lebih rileks dan serasi dengannya.

Katanya, pada peringkat awal, dia hanya ingin berseronok dan tidak pernah terfikir tentang kanak-kanak dan keluarga.

"Idea saya tentang percintaan telah berubah ketika usia saya semakin meningkat. Saya idamkan percintaan yang harmoni. Pasangan kekasih haruslah saling hormat-menghormati dan memahami," jelasnya.

Barrymore turut memberitahu, dia sangat tertarik dengan orang yang tidak berbohong dan cuba untuk menepati janji mereka.

Artikel Sebelum

Celine Dion Nafi Kandungan Hadapi Masalah

Artikel Berikut

Khloe Kardashian Makan Sambil Menari

Artikel Berkaitan

default image

Abby Abadi Dedah Norman Mahu Rujuk Semula

default image

Ifa Raziah Tak Pinjam Ah Long

Lebih Artikel