suria

Padah Miley Cyrus Temui Cinta Palsu

KISAH percintaan penyanyi Miley Cyrus dan aktor Australia, Liam Hemsworth tidak seindah seperti dibayangkan.

Walaupun kedua-duanya kelihatan bahagia dan mesra, hakikatnya cinta Liam terhadap Miley adalah palsu semata-mata.

Seperti dipetik Star Magazine, Liam menjalinkan hubungan cinta bersama Miley sekadar mahu meningkatkan popularitinya sebagai seorag artis.

Pasangan yang pertama kali ditemukan dalam filem The Last Song sering diberitakan akan tinggal bersama di sebuah rumah mewah milik bintang Hannah Montana itu.

Dalam pada itu, rakan-rakannya memberitahu bahawa Liam pernah menyatakan perasaan beruntung bercinta dengan Miley.

"Sejak menjadi kekasih Miley, kerjaya ku semakin baik dan meningkat," ujar Liam kepada seorang temannya.

Bagaimanpun, beberapa rakan rapat Miley pernah mencurigai hal tersebut, namun ketika itu Miley mengakui sangat mencintai Liam dan tidak mahu menerima pendapat orang lain.

Pasangan ini telah berpisah minggu lalu, tetapi Liam baru-baru ini kelihatan bersama seorang gadis yang dikenali di sebuah Hotel Shorebreak di Huntington, California.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artis Veteran Terima Duit Raya

Artikel Lain