suria

Luna Maya Boleh Beraya Bersama Ariel Di Penjara

PIHAK polis Indonesia tidak melarang Luna Maya untuk menyambut Aidilfitri bersama kekasihnya, Ariel Peterpan di penjara.

Ariel akan beraya di penjara sementara menanti kes penglibatannya dalam video porno dibicarakan di mahkamah.

Pihak polis membenarkan Luna Maya bertemu degan Ariel apabila menjelangnya hari istimewa untuk seluruh umat Islam itu.

"Luna Maya boleh menyambut Hari Raya bersama Ariel di penjara. Tidak ada larangan kerana telah disediakan ruangan khusus untuk tetamu berjumpa dengan mereka yang ditahan," kata salah seorang pegawai polis Indonesia.

Dia juga menambah bahawa Luna mahupun keluarga Ariel boleh mengunjungi penyanyi lelaki itu dengan mudah dan pihak polis juga memberi jaminan tidak akan merumitkan keadaan tersebut.

"Kami faham keadaan untuk menyambut Aidilfitri bersama orang tersayang. Tapi mereka harus tetap mengikut aturan bertamu nanti.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini kami belum menerima permohonan daripada keluarga Ariel yang mahu melawatnya pada hari raya nanti," ujarnya.

Artikel Sebelum

Slash Diiktiraf Di Los Angeles

Artikel Berikut

Artikel Lain