suria

Individu Tegur Freddie Tampil Petang Ini - Zaienal Abidin

PETALING JAYA: Ahli seumur hidup Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Zaienal Abidin Omar (gambar) mempertahankan kenyataannya bahawa berlaku pergaduhan melibatkan presiden persatuan itu, Datuk Freddie Fernandez dengan individu tertentu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu Ahad lalu.

Zaienal Abidin yang dihubungi mStar Online di sini Selasa berkata, individu berkenaan akan tampil dalam satu mesyuarat tergempar dan sidang media industri hiburan yang akan diadakan di bilik Kelantan, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dekat sini pukul 6 petang ini.

“Dalam pertemuan petang ini individu yang dimaksudkan akan hadir untuk menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.

Mesyuarat itu khabarnya akan dihadiri oleh presiden persatuan-persatuan penggiat industri hiburan yang akan membincangkan pelbagai masalah dan kemelut yang melanda dunia hiburan sejak kebelakangan ini.

Ketika ditanya kenapakah beliau hadir pada AGM Karyawan yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Ahad lalu itu, Zaienal Abidin yang merupakan bekas presiden persatuan tersebut memberitahu sebagai ahli seumur hidup dia wajar hadir dalam mesyuarat berkenaan.

“Saya memegang keahlian bernombor 1 dalam persatuan dan saya wajar hadir,” katanya.

Ahad lalu AGM Karyawan terpaksa ditangguhkan selepas berlaku kekecohan sehingga kononnya ada insiden pergaduhan melibatkan ahli dan pemimpin persatuan itu.

Pada 2 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur(Bahagian Rayuan dan Kuasa Kuasa Khas) mengarahkan Mesyuarat Agung Tahunan perstauan itu di adakan dalam tempoh 60 hari dari perintah yang dikeluarkan.

Artikel Sebelum

Slash Diiktiraf Di Los Angeles

Artikel Berikut

Artikel Lain