suria

Rumah Shandy Aulia Dirompak

RUMAH bintang filem Eiffel I'm in Love, Shandy Aulia dimasuki perompak setelah mengesyaki gelangnya berharga 200 juta rupiah telah hilang pada Sabtu lalu.

Shandy tinggal bersama-sama ibu saudaranya di rumah jenis town house bernama Gandaria Residence di Jakarta Selatan itu.

Menurut ibunya, Elsye kepada detikhot.com, mereka tidak tahu bilakah perompak menceroboh masuk dan mengambil perhiasan tersebut.

"Kami tidak tahu bilakah kejadiannya tetapi baru sedar ketika Shandy mahu pakai salah satu perhiasannya," jelas Elsye.

Elsye mencurigai yang mengambil gelang anaknya adalah orang yang dekat dengan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain