suria

Lisa Marie Berhijrah Dari LA Ke England

ANAK perempuan kepada mendiang Elvis Presley, Lisa Marie (gambar) telah berhijrah dari Los Angeles untuk menetap di England.

Rumahnya yang berharga kira-kira $8 jta pound (kira-kira RM39 juta) terletak berdekatan dengan Tunbridge Wells, Kent.

Marie berpindah ke situ bersama suaminya Michael Lockwood, 42, dan dua anak kembar mereka.

Menurut sumber terdekat, mereka berhijrah untuk mengelakkan gosip berhubung bekas suami, Michael Jackson.

Rumah barunya dikawal ketat oleh pegawai keselamatan yang meronda dengan menaiki motosikal beroda empat. Rumah tersebut mempunyai 11 bilik tidur, kolam renang, pawagam, sauna dan tasik. Ia berkeluasan 36.42 hektar.

"Dia tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru di England dan berasa selesa tinggal di negara itu," menurut sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain