suria

Karyawan Bidas Penganjur Bagi Cek Tendang

Artis dan anggota Karyawan menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penganjur terbabit yang gagal membuat pembayaran atas persembahan mereka di KL Tower Music Fest 2010. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Artis dan anggota Karyawan menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penganjur terbabit yang gagal membuat pembayaran atas persembahan mereka di KL Tower Music Fest 2010. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Artis dan anggota Karyawan menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penganjur terbabit yang gagal membuat pembayaran atas persembahan mereka di KL Tower Music Fest 2010. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) membidas penganjur KL Tower Music Fest 2010 yang gagal membuat bayaran kepada artis yang menjayakan festival tersebut dari 30 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, 32 kumpulan indie tempatan seperti Bunkface, Republic of Brickfield, Restraint serta Meet Uncle Hussin serta empat artis ternama iaitu Ella, XPDC, May dan Amuk yang menjadi mangsa ketidaktelusan penganjur.

Katanya, penganjur tidak membuat bayaran penuh kepada artis, malah sesetengah mereka tidak dibayar langsung.

"Kesemuanya mengalami nasib yang sama iaitu mendapat cek tendang," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Karyawan di sini, Khamis.

Turut hadir, jurucakap artis terbabit, Mogorta Hazaman Waha; peguam Karyawan, Aizul Rohan serta penyelaras teknikal, Mubarak Akhtar yang mewakili Ella.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan tidak sihat tersebut, Freddie berkata, penganjur terbabit telah menzalimi para artis dan pihak terlibat yang melakukan kerja-kerja di belakang tabir bagi menjayakan program tersebut.

Katanya, penglibatan beberapa badan seperti Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) dan Majlis Muzik Malaysia yang menjadi penyokong dan penganjur bersama program itu menghairankan Karyawan.

"Badan tersebut seolah-olah lepas tangan walhal mereka menegaskan bahawa merekalah pembela dan pembina industri muzik," katanya.

Sehubungan itu, Freddie memberitahu, mangsa telah membuat lebih 20 laporan polis mengenai kes penipuan penganjur yang mengeluarkan cek tendang setakat ini.

Menurutnya, Karyawan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Isnin depan berhubung kes tersebut.

Katanya, Karyawan akan mengemukakan usul supaya penganjuran konsert tempatan dan antarabangsa dilesenkan untuk melindungi semua pihak yang menjayakan konsert.

Artis-artis yang terlibat dalam KL Tower Music Fest 2010 ialah Ella, Amuk, XPDC, May, Republic of Brickfield, Bunkface, Meet Uncle Hussin, Radhi OAG, The Times, Seven Collar T-Shirt dan Pesawat.

Lain-lain artis termasuk Pure Vibration, Restraint, Couple, Rosewood, Cassandra, Zip Ziller, Sharpshooter, Romansca, Smellyvein, Plague of Happiness, Silent Death, Rivernation, Pickcell, Agrobeat dan Kugiran Di Tepi Pantai.

Turut menjayakan festival itu ialah Skudap Skudip, Retired Stoner, Modread, Johny Comes Lately, Pop Konspirasi, Awandband, Shewolf, Brokenriff, Tilu dan The Otherside Orchestra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain