suria

Kate Beckinsale Kembali Dalam Filem "Underworld 4"

AKTRES Kate Beckinsale (gambar) disahkan akan melakonkan watak Selene lagi dalam filem Underworld 4 yang dijadualkan menemui penonton di pawagam pada Januari 2012.

Menurut Empire, Rabu, perkara tersebut secara rasminya diumumkan oleh Sony Picture.

Sebelum ini, aktres berasal dari Britain itu pernah tampil dalam dua filem terdahulu iaitu Underworld dan Underworld: Evolution.

Namun, Kate gagal menghadirkan diri dalam filem Underworld: Rise of the Lycans dan wataknya digantikan oleh Rhona Natasha Mitra.

Underworld 4 akan digarap lagi oleh sutradara Len Wiseman yang juga merupakan suami Kate.

Sementara, John Hlavin bertindak selaku penulis skrip filem tersebut dan dia berjanji akan menghasilkan sesuatu yang lebih segar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain