suria

Gangguan Siaran RTM Pada 23 Hingga 27 Ogos

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan siaran saluran RTM1 dan RTM2 dan FM akan mengalami gangguan sementara di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Gangguan akan bermula pukul 1.30 pagi hingga 4.30 pagi dari 23 hingga 27 Ogos ini.

Gangguan itu berikutan kerja menaik taraf sistem satelit yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan mutu siaran di beberapa kawasan.

Menurut kenyataan Sekysen Media dan Promosi Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penerangan, antara kawasan terlibat ialah Felda Trolak Timur, Kampung Ulu di Slim River, Bukit Gantang di Changkat Jering, Pulau Pangkor, Sungai Siput Utara dan Bukit Memplam Sari di Gerik.

Beberapa kawasan di Pahang pula ialah Ulu Sungai Raub, Pulau Tioman, Kampung Bantal Ulu Tembeling dan Bukit Botak di Mentakab diikuti Felda Cherul di Kemaman, Felda Tenang di Besut dan Kruak di Terengganu.

Bagi Sabah dan Sarawak, gangguan siaran akan berlaku masing-masing di Batu Niah di daerah Miri dan Nabawan, Luasong dan Felda Sahabat, serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain