suria

Pembaca Dijemput Ke Majlis Berbuka Puasa mStar Secara Percuma

Diana Danielle akan mengadakan persembahan pada majlis tersebut
 Diana Danielle akan mengadakan persembahan pada majlis tersebut
Diana Danielle akan mengadakan persembahan pada majlis tersebut

PETALING JAYA: Akhbar sisipan Mingguan mStar akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada 28 Ogos ini untuk meraikan anak-anak yatim dan peminat akhbar itu.

Ia akan diadakan di Bara 1 Bistro, Axis Atrium@Axis Pandan, Jalan Cempaka, Ampang Selangor, bersebelahan stesen LRT Pandan Indah.

Pengarang Bersekutu Mingguan mStar dan portal mStar Online, Rozaid A.Rahman berkata penganjuran majlis itu merupakan usaha akhbar berkenaan untuk memberi penghargaan kepada pembaca dan juga para artis yang banyak memberi sokongan selama ini.

“Ia juga untuk menyemai perasaan kasih terhadap golongan kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim yang turut dijemput memeriahkan majlis berkenaan,” katanya.

Menurut Rozaid, majlis serba sederhana itu akan diisi dengan persembahan hiburan daripada para artis selain demonstrasi masakan oleh chef selebriti terkenal, Chef Zam.

Antara artis yang akan membuat persembahan terdiri daripada Mawi, Diana Danielle dan juga Mila.

Artis-artis popular lain yang akan turut serta seperti Syed Ali, Roslan Shah, Almy Nadia, Razali Hussain, Fazli Zainal, Adam, Puteri Mardiana dan ramai lagi.

Sesuatu yang lebih menarik, para peminat dijemput secara percuma untuk berbuka puasa tetapi mereka perlu melengkapkan sebaris pantun berikut:

Ramadan pergi, Syawal berganti, Ketupat lemang pembuka selera, mStar menjadi pilihan hati, (isikan) .................

Pantun yang kreatif dan menarik hendaklah dijawab seberapa segera dengan mengikuti panduan menerusi http://contests.mstar.com.my/bukapuasa

Kepada pembaca semua, rebutlah peluang kemasan ini dan jangan buang masa untuk menyertai sebuah acara yang dianjurkan khas untuk anda.

Artikel Berikut

Artikel Lain