suria

Robert Pattinson Hebat Bercium

- Foto REUTERS
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS

PELAKON Christina Ricci (gambar) berkata kekasihnya dari Hollywood, Robert Pattinson ialah orang yang hebat bercium.

Ricci, 30, yang bergandingan dengan Pattinson, 24, dalam filem Bel Ami memuji pelakon kacak itu sambil menyatakan senang bekerja dengannya.

"Dia lelaki yang manis dan sangat lucu. Dia juga merupakan individu yang hebat bercium.

"Dia sangat menarik, dan seperti orang pintar. Dia begitu terancang dan berjaya mengawal kerjayanya. Malah dia memberikan saya nasihat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain