suria

Paris Hilton Ubah Imej Jadi Marilyn Monroe

Paris Hilton hadir ke majlis pelancaran minyak wangi Tease di Los Angeles, California pada 10 Ogos lalu. - Foto AFP

SELEBRITI Paris Hilton mengubah diri menjadi pelakon Marilyn Monroe pada pelancaran minyak wangi jenama Tease.

Media melaporkan Hilton kelihatan persis Monroe apabila mengenakan gaun putih yang ketat, kasut putih, berambut perang muda dan bergincu merah terang semasa memperagakan jenama minyak wangi tersebut di My House, California, pada 10 Ogos lalu.

Sebelum pelancaran produk itu, dia menulis di laman Twitternya: "Sedang bersiap-siap di rumah untuk acara pelancaran Tease. Saya tengah berpakaian seperti idola saya, Marilyn."

Dia juga menyeru orang ramai untuk membeli Tease jika mereka ingin menghidu "aroma yang menarik."

Semasa pelancaran, Paris didampingi oleh beberapa teman termasuk pelakon Entourage, Adrian Grenier dan hakim Britain's Got Talent, Amanda Holden dan Piers Morgan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain