suria

Melanggan Pelacur : Abbey Clancy Maafkan Tunang

- Foto www.thesun.co.uk
- Foto www.thesun.co.uk
- Foto www.thesun.co.uk

MODEL Abbey Clancy (gambar) akan memaafkan tunangnya, Peter Crouch yang berlaku curang kerana melanggan seorang pelacur.

Abbey, 24, membawa diri ke Majorca untuk menemui ibunya, Karen selepas berita kecurangannya Crouch itu tersebar.

Karen telah memberikan kaunseling kepada anaknya yang sedih. Abbey mengakui dia masih mencintai Crouch, 29, dan ingin kembali bersamanya.

"Ini adalah pertempuran sebenar antara hati dan fikiran. Fikirannya mendesak dia supaya meninggalkan Crouch tetapi hatinya tidak mahu begitu.

"Dia (Abbey) seorang individu yang sangat emosional. Nampaknya dia masih menyayangi Crouch. Jika dia menerima Crouch kembali, Crouch pastinya menjadi orang paling bertuah di planet ini," kata seorang teman Abbey.

Namun Abbey bimbang pelacur Mint Monica, 19, yang ditiduri Crouch di Madrid bulan lepas, mungkin membuat pendedahan yang lebih banyak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain