suria

Peminat Diperintah Jauhkan Diri Daripada Jennifer Aniston

Jennifer Aniston hadir ke tayangan perdana filem, The Bounty Hunter di The Ziegfeld Theater, New York pada 16 Mac lalu. - Foto AP

PESURUHJAYA Mahkamah Tinggi Los Angeles, David A. Cowan telah memerintahkan Jason R. Peyton, 24 yang merupakan peminat pelakon Jennifer Aniston supaya menjauhkan diri daripada pelakon itu selama tiga tahun.

Peguam yang mewakili pelakon drama Friends itu memberitahu, dia telah mendapatkan perintah tahanan sementara terhadap lelaki tersebut.

Peguam itu mendakwa Peyton telah cuba menculik Aniston.

Pada 20 Julai lalu, Peyton ditangkap oleh pihak polis kerana dipercayai merancang penculikan pelakon tersebut.

Dia sanggup memandu ke Los Angeles dari Pennsylvania untuk berbuat demikian. Semasa ditahan polis, dia didapati memiliki senjata tajam, pita dan juga mesej yang ditulisnya kepada Jennifer.

Peguam Aniston menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa Jason mengalami gangguan mental yang menjadi ancaman kepada bintang tersebut.

Namun, Peyton tidak didakwa dan ditahan di mahkamah berhubung dengan insiden tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain