suria

Emma Thompson Ingin Berehat

- Foto REUTERS
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS

PELAKON dari Britain, Emma Thompson (gambar) memutuskan untuk berehat seketika daripada bekerja.

Pemenang anugerah Oscar dan penulis skrip itu tidak akan mengambil apa-apa projek baru pada tahun depan.

"Saya akan mengambil cuti pada tahun depan. Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa aktiviti kecuali menghabiskan waktu bersama dengan keluarga saya," katanya.

Dia ingin meluangkan masa dengan anak perempuannya, Gaia dan anak angkat, Tindyebwa.

Thompson menambah, dia telah merancang untuk beristirahat untuk suatu tempoh yang lama.

Pelakon itu mengakui dia mengalami sedikit kemurungan kerana pekerjaannya penuh dengan tekanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain