suria

Cinta Ditolak Buat Fida Trauma

Persis Datuk Siti Nurhaliza - Foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Persis Datuk Siti Nurhaliza - Foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Persis Datuk Siti Nurhaliza - Foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PERNAH melalui pengalaman cinta ditolak selepas meluahkan perasaan kepada lelaki idaman, Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui lebih suka mendendam perasaannya.

Gadis berusia, 24 tahun ini memberitahu keyakinan dirinya kurang untuk berhadapan dengan lelaki atau menjalinkan hubungan cinta selepas peristiwa itu.

"Ketika di bangku sekolah saya pernah meminati seorang lelaki, memang ketika itu saya benar-benar jatuh cinta dengannya. Selepas itu rakan-rakan saya nasihatkan saya supaya meluahkan perasaan kepada lelaki itu.

"Saya cuba beranikan diri tetapi malangnya lelaki tersebut menolak cinta saya mentah-mentah, memang saya sangat malu tuhan saja yang tahu," jelasnya.

Menurut Juara Bintang Pantene ini, kejadian tersebut telah meninggalkan kesan mendalam sehingga dia sendiri sukar menerima cinta lelaki yang hadir dalam hidupnya.

"Bukan saya tidak mahu bercinta tetapi saya takut, sebelum ini juga seorang Datuk berusia 30-an yang cuba mendekati tetapi saya menolak kerana belum bersedia.

"Namun saya juga rasa bersalah sebab menolak cintanya secara kurang sopan. Ketika itu saya baru sahaja dalam bidang seni," jelasnya.

Tambah Fida lagi, buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bidang lakonan yang diceburinya.

"Saya masih baru dalam industri ini, banyak yang perlu saya belajar, rasanya belum samapi masanya untuk saya bercinta," ujarnya yang bakal kelaur dalam drama terbaru berjudul Epilog Syurga Cinta pada Ramadan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain