suria

Robbie Williams Nikah Dengan Pelakon Hollywood

LONDON: Bintang pop terkemuka Inggeris, Robbie Williams (gambar) telah bernikah dengan pelakon Amerika Syarikat, Ayda Field.

Sumber memberitahu, Williams,36, yang baru saja bergabung semula dengan kumpulan Take That mengikat ikatan perkahwinan degan pelakon Days of Our Lives itu Sabtu lalu.

“Robbie Williams dan Ayda Field telah bernikah pada 7 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah mereka di Los Angeles,” kata jurucakap artis itu, Murray Chalmers.

Akhbar-akhbar di London telah menyiarkan gambar-gambar perkahwinan mereka.

“Akhirnya Ron gembira. Itulah yang dia mahukan terhadap anak-anak dan ia akhirnya menjadi kenyataan,” kata ayah penyanyi lelaki itu, Pate Williams seperti yang dilaporkan akhbar.

Williams berpisah pada tahun 1995 dengan kumpulan Take That, sebuah kumpulan muzik hebat di Britain pada tahun 1990-an dan kembali menyertai band tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain