suria

Lady Gaga Diiktiraf Berpakaian Terbaik Di Dunia

NEW YORK: Penyanyi Lady Gaga dipilih sebagai individu terbaik di dunia dari segi berpakaian oleh majalah Vanity Fair.

AFP melaporkan penyanyi Hollywood itu turut berkongsi tempatnya bersama wanita pertama Perancis, Carla Bruni dan pelakon Sepanyol, Javier Bardem.

Dalam edisi September majalah bulanan itu, beberapa selebriti dan orang kenamaan lain turut berada dalam senarai 45 terbaik.

Mereka ialah pelakon Diane Kruger, Carey Mulligan, Puteri Maria dari Denmark, dan wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

Kedudukan isteri Perdana Menteri Britain, Samantha Cameron turut dipotong oleh pengarah Martin Scorcese dan penyampai berita NBC, Brian Williams.

Sementara itu pereka fesyen John Galliano, jurugambar Bruce Weber, bintang bola sepak David Beckham dan pemain polo Argentina, Nacho Figueras dan isterinya Delfina Blaquier turut berkongsi kehormatan.

Sementara itu Lady Gaga meraih sebanyak 13 pencalonan pada 2010 MTV Music Video Awards (VMAs) sekali gus mencatat rekod sebagai bilangan pencalonan terbanyak yang diperolehi oleh seseorang artis dalam satu tahun.

Antara pencalonannya termasuk menerusi kategori video pop terbaik, video tarian muzik terbaik, video wanita terbaik, koreografi terbaik, dan video tahunan (video of the year).

"Saya sangat teruja memiliki pencalonan VMAs yang banyak dalam satu tahun berbanding artis lain dalam sejarah MTV," kata Gaga dalam satu satu kenyataan.

Majlis anugerah tersebut akan diadakan pada 12 September ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain