suria

Kekasih Krisdayanti Hadir Ke Balai Polis Timbul Tanda Tanya

Raul Lemos hadir ke balai polis menimbulkan banyak persoalan. Sebaliknya dia mengelak untuk menjawab soalan wartawan. Gambar - Inilah.Com

JAKARTA: Kekasih penyanyi Krisdayanti (KD) iaitu Raul Lemos (gambar) hadir ke balai polis Metro Jaya di sini, Selasa kira-kira pukul 4.15 petang dipercayai berhubung isu ciumnya dengan KD yang panas diperkatakan sekarang ini.

Portal Inilah.Com melaporkan usahawan dari Timor Laste itu tidak ingin gambarnya dirakamkan sebaliknya cuma menghalang tugas wartawan untuk mendekatinya.

Raul yang mengenakan kemeja putih bergaris biru dilihat sengaja menepis tangan seorang wartawan sehingga menyebabkan telefon bimbit petugas media itu jatuh ketika wartawan berkenaan bertanya tujuannya datang ke balai polis tersebut.

Tanpa mahu menjawab sepatah perkataan pun Raul dilihat bergegas menuju ke kereta Mercedes hitam bernombor pendaftaran B 24 KD yang dipercayai milik KD.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain