suria

Nicole Kidman Suka Berkebun

Nicole Kidman dan suaminya, Keith Urban. - Foto AFP
Nicole Kidman dan suaminya, Keith Urban. - Foto AFP
Nicole Kidman dan suaminya, Keith Urban. - Foto AFP

PELAKON Nicole Kidman suka bercucuk tanam di pekarangan rumahnya yang turut didiami suami Keith Urban dan anak perempuan mereka, Sunday Rose.

"Kami hanya menanam sayur-sayuran pada musim panas dan apa yang kami miliki sekarang adalah salad. Saya berharap jagung akan tumbuh dengan segar, kerana saya suka makan jagung secara mentah," katanya kepada media.

Bintang berusia 43 tahun itu juga memberitahu, dia ingin mendidik anaknya supaya menghormati orang tua kerana bimbang bahawa nilai-nilai tradisional akan hilang begitu sahaja.

"Saya berasa sedih generasi muda sekarang tidak lagi menghargai orang tua kita. Saya berusaha mengajar anak saya untuk menghormati orang tua, " kata Kidman.

Artikel Lain